Klinik estetik semakin mendapat tempat terutamanya di kalangan wanita yang ingin mendapatkan solusi pantas dalam merawat masalah kulit yang mereka hadapi.
B+ Clinic, klinik estetik yang terletak di Damansara Uptown ini menawarkan rawatan kulit premium dengan harga yang berpatutan serta barisan doktor terlatih dan profesional.
Objektif B+Clinic adalah untuk memberikan rawatan kulit terbaik dengan kesan yang pantas, selamat dan mudah diakses kepada semua.
Rawatan HA+ Collagen Complex Skin Booster
HA+Collagen Complex Skin Booster ialah rawatan anti penuaan yang akan memulih dan menjana semua sel kulit anda dari dalam. Hasilnya, ia memberikan kelembapan secara optimum, mengurangkan garis halus dan membaiki tekstur kulit agar terlihat lebih berseri, gebu dan mulus.
Kepentingan HA (Asid Hyaluronik)
Rawatan HA+Collagen Complex Skin Booster mengandungi rumusan unggul HA atau lebih dikenali sebagai Hyaluronic Acid (Asid Hyaluronik) yang mana ia terkenal sebagai ejen pelembap atau magnet air kerana sifat penghidratan dan keupayaannya untuk menahan 1000 kali di dalam air.
Ia akan menembusi ke dalam kulit untuk memberikan penghidratan maksimum agar proses penyerapan kulit untuk langkah seterusnya lebih efektif.
Selain daripada HA (Asid Hyaluronik), antara rumusan aktif unggul yang terdapat di dalam rawatan ini ialah:
Kolagen: Penghasilan kolagen semakin berkurang apabila kita bertambah usia. Diperkaya dengan protein, penggunaan bahan semula jadi ini dengan dos yang betul boleh memperbaharui struktur keanjalan kulit untuk menegangkan kembali kulit kendur serta mengurangkan kedutan.
PDRN: Ramuan regeneratif yang dikenali, PDRN menggunakan serpihan DNA yang terdapat dalam alam semula jadi untuk merangsang kadar metabolisme kulit dari lapisan epidermis. Apabila diserap ke dalam kulit, molekul biologi ini menguatkan sifat penyembuhan luka kulit, mengurangkan keradangan dan mengembalikan keanjalan kulit.
Bagaimana rawatan HA+Collagen Complex Skin Booster ini dilakukan?
Langkah 1: Prep Skin
• Bersihkan kulit untuk hilangkan kotoran, minyak dan sebum.
Langkah 2: Suntikan HA+Collagen Complex Skin Booster
• Aplikasi numb cream atau krim anti kebas dan suntikan skin booster yang akan dilakukan oleh doktor profesional.
Langkah 3: Aplikasi Stemcell Mask
• Untuk melega dan melembapkan kulit secara optimum.
Berapa lamakah untuk melihat kesannya?
Keputusan adalah berbeza-beza berdasarkan setiap individu, tetapi biasanya ia mengambil masa kira-kira 1 hingga 2 rawatan untuk melihat perbezaan yang ketara.
Rawat masalah penuaan seawal mungkin untuk kulit yang lebih cantik dan awet muda. Segera ke B+ Clinic di Damansara Uptown! Jika mahu info lanjut mengenai rawatan atau tempah slot, hanya DM kami di Instagram Bplus.clinic